skskd-nessky.zoom-a.com
Laman Peribadi
Nessky Bin Lipi

E-mel : skskd-nessky@zoom-a.com
| LAMAN 1 | LAMAN UTAMA | PROFIL | GALERIKU 1 | GALERIKU 2 | GALERI FOTO | FALSAFAH DIRI | KATA HIKMAT | FAKTA MENARIK | PAUTAN | BUKU PELAWAT | Untitled |

KATA-KATA HIKMAT


REPUTASI KATA IBARAT KACA

SENANG DIHANCURKAN
TETAPI SUKAR UNTUK MEMPERBAIKINYA

ILMU ADALAH KUASA
- Francis Bacan.

BIARPUN SERIBU KAPAL TENGGELAM DI TENGAH LAUTAN,
NAMUN CITA-CITA MENUSIA TIDAK PERNAH PADAM.
- Hamka.

KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA,
BUKAN KEJAYAAN.
- Mahatma Gandhi.

JIKALAU SATU-SATUNYA YANG ADA HANYALAH TUKUL,
MAKA SEMUA MASALAH AKAN DILIHAT SEPERTI PAKU.
- Maslow.

ORANG YANG DILAHIRKAN DI DALAM KANDANG KUDA,
TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI KUDA.
- Pepatah Inggeris.



Mutiara kata... panduan utk hidup...renungkan!!!

* Tugas pertama seorang lelaki ialah
menjadi dirinya sendiri.

* Pilihlah seseorang untuk dicintai &
cintalah pilihan anda itu.

* Cinta tidak berbalas sama seperti
soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya
memiliki lidah bermadu.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang
dalam & bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak
perkara daripada
musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk
gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan
mengenali yang mana satu
lawan & yang mana satu kawan.

* Membaca menjadikan diri anda
sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai
persediaan menjadi lelaki
yang sebenar & menulis menjadikan
anda lelaki sejati.

* Karektor seseorang lebih mudah
disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul
kesalahan & tidak
mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah
tetapi tidak akan mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa
tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada
diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat
kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang
diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.

* Kebocoran yang kecil masih boleh
menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga
daripada nasihat yang baik.

* Anak lelaki tetap menjadi anak
lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal
menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.

* Jika anda takut pada sesuatu,
lihatlah & hadapilah.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi
seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.

* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa
anda bergantung kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi
penulis sekiranya anda tidak
menjadi pembaca terlebih dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam
sebuah lautan yang luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan
anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin memakan makanan nyang
lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka
adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.

* Anda tidak akan berasa penat
sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita
mengahwini lelaki yang mencintainya
daripada beliau mencintai lelaki
tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya,
jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk
menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah
perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam.

* Berhati-hatilah dengan kemarahan
seorang yang sedang bersabar.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan
sampai ke mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui
kelemahan & kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan
kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda
perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda &
menguatkannya dari hari ke hari

* Jagalah apa yang anda suka atau
anda terpaksa menyukai apa
yang anda dapat.

* Lelaki yang bijak dapat membaca
buku & kehidupan sekaligus.

* Kesabaran akan lebih menguntungkan
daripada kekuatan yang
dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya,
jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai
kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan.

* Masyarakat abad dahulu menggunakan
tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah
sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya
untuk membina sebuah kedai

* Tidak pernah wujud orang malas.
Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat
mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya.

* Jika poket anda penuh, anda tidak
akan kekurangan sahabat.

* Semua perkara adalah sukar sebelum
ia menjadi mudah.

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

* Seorang lelaki boleh dikalahkan
tetapi tidak boleh dimusnahkan.

* Kemenangan terhadap diri sendiri
adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang
melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya.

* Kemenangan hanya untuk orang yang
berhak mendapatkannya.

* Lebih mudah untuk memenuhi impian
kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar
impian-impian lain selepasnya.

* Tidak ketawa walaupun sehari amat
merugikan.

* Anda tidak boleh mengubah masa
lepas anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini
sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda.

* Tidak penting sama ada berapa lama
kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara
yang sama.

* Berterima kasihlah kepada pokok
yang memberi anda
perlindungan dengan tidak
memusnahkannya.

* Sembahyang adalah prinsip utama
dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk
melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa
yang boleh disiapkan hari ini.

* Tiada hiburan yang lebih murah
daripada membaca

* Apabila semua benda kelihatan
semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.

* Rasuah akan sentiasa wujud selagi
masih ada perasaan tamak
pada diri manusia

* Jangan sangka diri kita adalah yang
terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang
lain capai

* Tidak semestinya orang yang berjaya
terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal

* Orang yang serba kekurangan kurang
mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa
menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku

* Dalam dunia ini lebih ramai yang
berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia

* Dunia bukanlah tempat menunjukkan
kekuatan tetapi untuk
kita rasai nikmatnya.

* Orang yang sentiasa berusaha ialah
seorang yang takutkan
kegagalan

* Seseorang yang cepat mendaki ke
puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi

* Kepakaran seseorang tidak akan ke
mana selagi dia tidak
membuktikannya melalui perlaksanaan.

* Sewaktu senang kita lebih
menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih
menghargai kesihatan.

* Penipu yang mahir sekalipun tidak
akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu.

* Kegagalan adalah permulaan kepada
kejayaan

* Harta boleh menjadikan seseorang
yang tamak sebagai hambanya.

* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud
bersama

* Peperangan hanya boleh menjanjikan
kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian

* Setiap manusia hanya mempunyai dua
matlamat iaitu cita-cita
& kejayaan

* Harta menjamin dunia. Iman
menjaminkan akhirat

* Penghalang kepada kejayaan adalah
fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau kekurangan

* Seorang anak tidak akan mengetahui
kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia
mempunyai anak sendiri

* Kawan yang sebenar ialah seorang
yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

* Masa adalah sekolah di mana kita
belajar. Masa adalah api
di dalamnya kita terbakar

* Manusia mesti menamatkan
peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia

* Arus masa depan telah tiba & tiada
cara melawannya

* Kisah cinta yang sebenarnya tiada
akhirnya

* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

* Kita lebih banyak berusaha untuk
menegakkan benang basah
daripada berusaha memperbaiki
kelemahan diri

* Jika kita melakukan sesuatu dengan
keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga
setanding dengan apa yang
kita usahakan

* Semangat yang kuat mampu mengatasi
apa sahaja cabaran
yang datang.

* Selagi kita mencuba dan berusaha,
selagi itulah kita akan
beroleh apa yang kita hajati.

* Dendam adalah manis. Balasannya
adalah pahit.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan.
Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa
kepada impian.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: