AROWANA BAKA PRIMITIF
Ikan Kelisa juga dikenali sebagai Arowana adalah spesies daripada
famili Osteoglossidae, yang memiliki ciri-ciri primitif. Kelisa
spesies Scleropages Formosus adalah daripada famili yang sama wujud di
Kepulauan Melayu. Saudara ikan ini termasuklah ikan Arapaima Gigas di
Amazon dan Arowana Hitam yang dikenali dengan nama Saratoga di
Australia.
APABILA IKAN PAUS MAKAN
Dianggarkan, semasa musim makan di Antartika, ikan paus biru (blue
whale) memakan kira-kira 40 juta Krill (sejenis hidupan laut seperti
udang) setiap hari ataupun 3,600 kilogram atau 4 tan setiap hari
selama enam bulan. Jumlah pengambilan makanan itu boleh mengenyangkan
manusia selama empat tahun!
BAKA PADI BARU
Unit Teknologi Nuklear (UTN) telah berjaya menghasilkan 101 jenis baka
padi baru. Jenis baka padi baru ini mampu menghasilkan pengeluaran jauh
lebih banyak daripada jenis padi yang ada sekarang.
Jenis
padi baru yang terhasil ini, di antaranya mampu menghasilkan
pengeluaran di antara 6,000 hingga 7,000 kilogram padi sehektar.
Antara
ciri-ciri yang menarik baka padi baru yang dihasilkan ini
ialah mempunyai batang yang tegap, tidak mudah tumbang apabila dilanda
angin, dan berkeupayaan menghadapi penyakit, terutama bena perang.
Baka padi baru ini juga mempunyai masa matang yang singkat, iaitu di antara 120 hari hingga 130 hari.
APABILA BAHAN BUANGAN DIBAKARUmum mengetahui bahawa bahan buangan merupakan salah satu punca utama pencemaran alam kian meningkat setiap hari.
Sejak
dahulu sampailah kini, pembakaran merupakan salah satu cara untuk
melupuskan bahan buangan. Namun demikian, adakah pembakaran merupakan
satu jalan terbaik yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan
masalah pencemaran alam?
Sebenarnya, bahan buangan yang dibakar tidak lenyap begitu sahaja!
Hal
demikian kerana kira-kira 30 peratus daripada bahan buangan tersebut
akan menjadi abu. Malah bakinya, dalam bentuk gas dan bahan terampai,
akan memasuki pula ruang udara. Bahan yang terkumpul di udara, akhirnya
akan meresap kembali ke tanah, tumbuhan dan air.
Oleh yang demikian, bahan itu akan memasuki rantai makanan. Akhirnya, bahan tersebut akan kembali kepada kita semula.
ANCAMAN DUNIA BARUDunia bakal menghadapi bahaya baru apabila pelantar ais terbesar di
benua Artik retak. Pelantar seluas 443 kilometer persegi di benua yang
tegap berdiri di hujung dunia itu kini telah retak. Retakan pelantar
yang dikenali dengan nama Ward Hunt Ice Shelf itu mengakibatkan air
tawar yang terkepung di bawahnya terlepas ke laut. Suhu yang semakin
panas di sekitar kawasan benua itu dipercayai menjadi punca rekahan
tersebut.
ALAT KEBESARAN DIRAJAAntara alat kebesaran diraja di negara kita ialah tengkolok diraja,
cogan agama, gendik diraja, kalung diraja, dan pending diraja.
Semua peralatan tersebut merupakan simbol kedaulatan raja dan kerajaan yang memerintah.
FAKTA-FAKTA MENARIK 2.
1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau
mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk
membersihkan giginya.
2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau
menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap
tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh
membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali
3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari
atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20
tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud
tidak,
6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel
kulit kita yang mati.
7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk
melancarkan proses penghadaman.
8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di
daratan
9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi
jalan raya sepanjang 96,000 Km
10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi
kawasan seluas 9.2 meter persegi.
11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh
badan
14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih
daripada 5 juta tahun lagi.
15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan
setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh
lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat
mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah
dan ultraungu
19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu
darah
20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan
kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk
mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.